Anda di sini

Bomba Lawas mahu membudayakan sukan dan riadah

Advertisement
 Zaki (belakang, enam kiri) bersama keluarga besar BBP Lawas.
KELUARGA: Zaki (belakang, enam kiri) bersama keluarga besar BBP Lawas.
 Ahli PESKEB dan PERISMA menyertai Program Riadah Bomba.
KUAT: Ahli PESKEB dan PERISMA menyertai Program Riadah Bomba.

MEMBUDAYAKAN sukan dan riadah antara matlamat utama Program Riadah Warga Bomba anjuran PESKEB dan PERISMA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, baru-baru ini.

Ketua BBP Lawas Zaki Husin berkata, program itu diadakan bersempena Hari Ibu dan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018.

Jelasnya program ini dapat menghimpunkan ahli keluarga bomba untuk sama-sama meraikan Hari Ibu dan Hari Anggota Bomba.

“Program ini merupakan aktiviti tahunan BBP Lawas untuk mengukuhkan lagi hubungan dan semangat kekeluargaan selain membudayakan aktiviti sukan dan riadah,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senamrobik, pertandingan mewarna untuk kategori kanak-kanak, acara untuk ‘isteri bomba @ ahli PERISMA’, acara ‘Abang Bomba I Love You’, memotong kek Hari Ibu dan cabutan bertuah.

 Isteri-isteri anggota BBP Lawas memotong kek bersama.
RAI BERSAMA: Isteri-isteri anggota BBP Lawas memotong kek bersama.
  • oleh
  • Advertisement