Anda di sini

Adun Moyog buat kunjungan hormat kali pertama di IPD Penampang

Advertisement

PENAMPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jenifer Lasimbang hari ini melakukan kunjungan hormat buat kali petama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selepas memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Dalam ucapannya Jenifer menyampaikan penghargaan kepada pasukan polis terutamanya IPD Penampang kerana melakukan penugasan rapi bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjaga sebelum dan selepas musim PRU-14.

JENIFER (duduk dua kanan) bersama rombongannya merakamkan gambar kenangan bersama Haris (duduk dua kiri) semasa melakukan kunjungan hormat di IPD Penampang pada Rabu.
JENIFER (duduk dua kanan) bersama rombongannya merakamkan gambar kenangan bersama Haris (duduk dua kiri) semasa melakukan kunjungan hormat di IPD Penampang hari ini.

Beliau juga mengharapkan kerjasama berterusan bersama pihak polis dalam memastikan keselamatan Penampang khususnya Moyog menjadi satu kawasan yang selamat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim mengucapkan tahniah dengan kemenangan beliau seterusnya terpilih mewakili Moyog.

"Kita akan terus menjalinkan kerjasama dengan pentadbiran kerajaan baharu dalam memastikan keamanan serta keselamatan di sini terus terpelihara," katanya.

  • oleh
  • Advertisement