Anda di sini

100 penduduk Kampung Labang bergotong-royong bersih masjid

Advertisement
 Golongan wanita tidak ketinggalan membantu membersih bahagian dalaman masjid.
BERSIH: Golongan wanita tidak ketinggalan membantu membersih bahagian dalaman masjid.

SEKITAR 100 penduduk Kampung Labang, Sebauh mengadakan program gotong-royong membersih Masjid Darul Muttaqin di Bintulu, semalam.

Gotong-royong itu merangkumi membersih bahagian dalaman masjid serta kawasan sekitarnya bagi memperindah serta menceria tempat ibadat itu

menjelang Ramadan selain merapatkan silaturahim kalangan penduduk.

Pengurusan masjid mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Labang kerana sentiasa memberi sokongan padu terhadap segala program dianjurkan demi kebaikan bersama.

Advertisement