Anda di sini

10 jemaah menteri angkat sumpah

Advertisement

KOTA KINABALU: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai jemaah menteri hari ini.

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Jemaah Menteri Negeri Sabah itu berlangsung di Istana Negeri di sini.

Kesemua Adun yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

SHAFIE (tengah) bersalaman dengan Madius (tiga kanan) sebaik tiba di Istana Negeri. Turut kelihatan Christina (dua kanan) dan Jaujan (kanan).
SHAFIE (tengah) bersalaman dengan Madius (tiga kanan) sebaik tiba di Istana Negeri. Turut kelihatan Christina (dua kanan) dan Jaujan (kanan).-Gambar Penerangan.

Turut menyaksikan upacara itu Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau antara yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menerima pelantikan sebagai Adun dan memegang potfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Adun Api-Api Christina Liew yang juga Ahli Parlimen Tawau turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

CHRISTINA (dari kiri), Jaujan, Anthony dan Junz mengangkat sumpah sebagai jemaah menteri negeri Sabah.
CHRISTINA (dari kiri), Jaujan, Anthony dan Junz mengangkat sumpah sebagai jemaah menteri negeri Sabah. -Gambar Penerangan.

Tujuh lagi Adun yang menerima pelantikan sebagai menteri termasuklah Adun Melalap Datuk Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur; Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang juga Adun dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan; Adun Tanjung Aru Junz Wong dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan; dan Adun Sindumin Datuk Dr Yusuf Yacob sebagai Menteri Pelajaran dan Inovasi.

Adun Kadamaian Ewon Benedick dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar; Adun Pantai Manis Datuk Aidi Mokhtar sebagai Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri; dan Adun Tanjung Papat Frankie Poon Ming Fung dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

  • oleh
  • Advertisement