Anda di sini

Lebih 70 diselamatkan luar pantai Libya

Advertisement
 Seorang wanita hamil dibantu menaiki bot getah oleh anggota pasukan penyelamat di luar pantai Libya, kelmarin. — Gambar AFP
DISELAMATKAN: Seorang wanita hamil dibantu menaiki bot getah oleh anggota pasukan penyelamat di luar pantai Libya, kelmarin. — Gambar AFP

LIBYA: Lebih 70 pendatang, termasuk tiga kanak-kanak, diselamatkan kelmarin di luar pantai Libya oleh kapal pesiaran Aquarius yang disewa NGO SOS Mediterranee dan Doctors Without Borders untuk membantu mereka.

Seorang jurugambar AFP berada di atas kapal ketika anggota penyelamat menyelamatkan sekurang-kurangnya 73 orang, termasuk 12 wanita, sembilan remaja dan tiga kanak-kanak.

Kira-kira separuh, 37 orang, adalah rakyat Algeria dengan yang lain dari negara sub-Sahara Afrika.

NGO Seefuchs dari Jerman menyatakan ia telah menyelamatkan 19 pendatang lain menuju ke pelabuhan Trapani di Sicily, di mana mereka akan berlabuh.

Sementara itu, Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi menyatakan dalam Twitter bahawa pengawal pantai Libya telah menyelamatkan 241 orang, termasuk lima kanak-kanak, menjadikan jumlah tahunan kepada 6,400 orang setakat ini. — AFP

Advertisement