Anda di sini

Jakariah Jamit umum keluar PKS

Advertisement

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Kebangsaan Sabah (PKS) Inanam Dato' Jakariah Janit megumumkan keluar daripada parti itu serta merta.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras P.171 Sepanggar merangkap Penolong Ketua Penerangan PKS pusat berkata, keputusan itu dibuat kerana telah kehilangan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

JAKARIAH Janit
JAKARIAH Janit

"Dengan ini PKS di Inanam dan Sepanggar juga telah dibubarkan," katanya, yang juga mantan calon PKS N.13 Inanam.

Jakariah berkata, beliau akan memberi sokongan dan sedia bekerjasama dengan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Inanam dan juga wakil rakyat daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) di Sepanggar demi kebaikan rakyat dan negeri Sabah.

Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah serta mandat diterima Shafie untuk menerajui Sabah sebagai ketua pentadbiran negeri ini yang baru.

  • oleh
  • Advertisement