Anda di sini

Gerakan NGO Malaysia gesa siasatan terhadap Musa

Advertisement
DATU Mohd Fadli (tengah) bersama ahli Gerakan NGO Malaysia selepas membuat laporan polis.
DATU Mohd Fadli (tengah) bersama ahli Gerakan NGO Malaysia selepas membuat laporan polis.

KOTA KINABALU: Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menggesa agar siasatan dijalankan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Satu laporan polis dibuat oleh sekumpulan ahli Gerakan NGO Malaysia pada jam 1.24 petang hari ini berhubung perkara itu.

Wakil Gerakan NGO Malaysia Datu Mohd Fadli Fathullah berkata, pihaknya juga mahu siasatan polis dibuat terhadap bekas menteri-menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) Sabah yang lepas.

"Kami mahu siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat membabitkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pentadbiran BN di Sabah.

"Gerakan NGO Malaysia juga menggesa siasatan yang sama dilakukan terhadap Datuk Dr. Jeffrey Kitingan," katanya selepas membuat laporan polis di sini.

  • oleh
  • Advertisement