Anda di sini

Diancam tanah runtuh

Advertisement
 Kejadian tanah runtuh berlaku di belakang Rumah Gundak, Sungai Paoh, Sarikei.
RUNTUH: Kejadian tanah runtuh berlaku di belakang Rumah Gundak, Sungai Paoh, Sarikei.

SARIKEI: Lima pintu Rumah Gundak, Sungai Paoh di sini terdedah risiko tanah runtuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di belakang rumah panjang terbabit.

Katanya, keadaan berisiko membabitkan bahagian dapur rumah panjang itu dan melalui pemantauan dilakukan anggota bomba, mendapati tanah runtuh lebih kurang selebar 10 meter persegi.

"Terdapat satu lagi kawasan berisiko tinggi runtuh sekiranya hujan berterusan berlaku.

"Kawasan berisiko dalam sekitar lingkungan lebih kurang 50 meter lebar dan 80 meter panjang," katanya dalam kenyataan semalam.

Rumah panjang itu terletak lebih kurang 15 kilometer dari pusat bandar Sarikei dan mempunyai 30 pintu bilik.

Hasil penilaian pihak bomba, Suna menasihati penduduk di lokasi terjejas sentiasa berjaga-jaga.

"Bomba turut memasang sawar-sawar atau tanda amaran di sekitar kawasan berisiko.

"Kami turut menasihati penduduk agar memaklumkan kejadian itu kepada pihak berwajib untuk tindakan sewajarnya terutama menangani masalah itu daripada terus berlaku," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement