Anda di sini

Urus tadbir negeri diberi keutamaan

Advertisement

KOTA KINABALU: Urus tadbir negeri Sabah akan dijadikan fokus utama dengan melaksanakan beberapa perubahan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perubahan itu bertujuan memastikan keberkesanan pentadbiran negeri lancar.

"Perkara yang penting kepada kita adalah bukan memegang jawatan... tetapi rakyat yang menunggu perkhidmatan kita.

SHAFIE (tengah) ketika dalam sidang media itu.
SHAFIE (tengah) ketika dalam sidang media itu.

"Tiada guna kita dilantik menjadi ketua menteri atau menteri sekiranya peningkatan dari segi keberkesanan perkhidmatan tidak mencukupi," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 pada malam Sabtu.

Selain itu Shafie berkata, pihaknya juga akan melaksanakan segala perkara yang terkandung dalam manifesto Warisan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), termasuklah janji tambahan.

Katanya, ia termasuklah memperkenalkan beberapa pendekatan baharu yang lebih memfokuskan kepada urus tadbir 61 agensi berkanun.

"Itulah yang saya nak fokus supaya mereka (wakil rakyat) menumpukan masa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan berkhidmat untuk agensi berkanun.

"Sekiranya agensi itu dapat diurus tadbir dengan baik, saya yakin bahawa ianya boleh menambah baik dari segi peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita," katanya.

  • oleh
  • Advertisement