Anda di sini

Penerbangan ihsan TLDM bantu Rela

Advertisement
PESAKIT sedang diusung untuk dinaikkan ke helikopter TUDM.
PESAKIT sedang diusung untuk dinaikkan ke helikopter TUDM.

LAHAD DATU: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berpangkat Lans Koperal yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu menggunakan penerbangan ihsan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) awal pagi Ahad.

Saller Muali, 37, cedera di kepala ketika melakukan kerja membersihkan bangunan Rela berhampiran Balai Polis lama kira-kira jam 4 petang.

Beliau ditemani isteri dan seorang rakannya diterbangkan menggunakan helikopter dari Padang Pengkalan Marin kira-kira jam 1 pagi.

Menurut Rahmat yang turut berada di lokasi ketika kejadian berlaku, mangsa yang ditimpa kayu di bahagian kepala telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu sejurus kejadian namun pendarahan tidak berhenti.

"Saya berada di lokasi kejadian dan berharap dengan bantuan itu beliau dapat dirawat seterusnya sembuh untuk kembali bersama kami dalam pasukan Rela," katanya.

  • oleh
  • Advertisement