Anda di sini

Kabinet Sabah diumumkan dalam masa terdekat

Advertisement
GAMBAR kenang-kenangan dirakam di antara semua tetamu kehormat.
GAMBAR kenang-kenangan dirakam di antara semua tetamu kehormat.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal akan mengumumkan barisan Menteri Kabinet Sabah dalam tempoh terdekat.

Katanya, kini pihaknya dalam proses perbincangan terakhir selain akan melibatkan rakan-rakan kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan).

"Berilah saya sedikit masa lagi untuk membincangkan perkara ini, dalam masa dua tiga hari ini saya akan umumkan.

"Kabinet negeri kali ini juga akan mewujudkan dua lagi kementerian baharu bagi memantapkan lagi pentadbiran Sabah," katanya ketika ditemui pada Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah ke-5 2018, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau juga berasa syukur di atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri baharu dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah.

Shafie turut akan memastikan bahawa masalah pengangguran di Sabah dapat diselesaikan.

"Saya yakin banyak lagi tanggungjawab yang akan mengambil masa...it cannot be done over night it has to be plan properly...supaya yang penting kepada kita kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

"Peluang pekerjaan kepada mereka supaya besok nanti ada beras di rumah mereka," katanya.

Hadir sama merasmikan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri Dr T.C. Goh serta tetamu kehormat lain.
 

  • oleh
  • Advertisement