Anda di sini

Jangan endahkan dakwaan Pairin, Jeffrey

Advertisement

SANDAKAN: Dakwaan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan adiknya Datuk Dr Jeffery Kitingan mengenai pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tidak sah, tidak perlu diendahkan.

Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Liew Vui Keong berkata Pairin dan Jeffrey gagal menghargai dan memahami mahkamah Apex di negara ini.

LIEW Vui Keong.
LIEW Vui Keong.

"Apabila Shafie mengangkat sumpah, pelantikan Musa sebelum ini akan terbatal secara otomatik. Keperluan untuk meluluskan usul tiada kepercayaan adalah tidak perlu kerana Shafie telah membuktikan bahawa TYT berpuas hati dengan beliau yang mempunyai lebih 30 Ahli Dewan Undangan Negeri di pihaknya.

"Ini adalah ironi apabila Dr Jeffrey dan Pairin sebelum ini berebut-rebut pada pilihan raya umum baru-baru ini, tetapi kini bekerjasama untuk melemahkan pelantikan Shafie.

"Orang ramai boleh melihat dengan jelas Dr Jeffrey yang baru sahaja menewaskan Pairin di DUN Tambunan telah berjabat tangan dengan Musa dan Pairin di Sri Gaya selepas 24 jam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Liew berkata, situasi itu jelas membuktikan wujud konspirasi antara mereka bertiga untuk memperdayakan rakyat di Tambunan dan juga di negeri ini.

Sebagai Perdana Menteri yang baru dilantik, beliau meminta agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyiasat perkara itu untuk melihat sekiranya wujud elemen rasuah.

  • oleh
  • Advertisement