Anda di sini

Ismail Lamo sudah 10 kali buat liputan berita PRU

Advertisement
ISMAIL (kanan) berkongsi kisah pahit-manisnya kepada rakan pemberita sepanjang pengalaman beliau bertugas sebagai pemberita yang sudah membuat liputan berita sebanyak 10 kali PRU.
ISMAIL (kanan) berkongsi kisah pahit-manisnya kepada rakan pemberita sepanjang pengalaman beliau bertugas sebagai pemberita yang sudah membuat liputan berita sebanyak 10 kali PRU.

TAWAU: Pemberita sambilan Bernama, Ismail Lamo, salah seorang petugas media yang berpengalaman luas membuat liputan Pilihan Raya Umum (PRU) semenjak 1978 lagi.

Memulakan karier sebagai pemberita di salah sebuah akhbar tempatan 40 tahun lepas, sudah sepuluh PRU (tidak termasuk Pilihan Raya Negeri), yang beliau laporkan.

“Sebagai pemberita, PRU adalah ruang untuk kita mengaplikasikan segala kemahiran, ilmu dan pengalaman termasuk jaringan kontek dengan sumber berita,” katanya.

Ismail berkata PRU juga menuntut seseorang pemberita supaya lebih berhati-hati semasa membuat liputan dan perlu menyediakan rakaman dalam setiap temuramah politik.

Menurutnya, pemberita juga perlu memastikan maklumat yang dikongsikan benar, tepat dan betul, serta perlu pantas bekerja lebih-lebih lagi dengan era baharu media atas talian.

“Saya pernah hendak disaman ketika membuat liputan PRU, namun kes itu tidak diteruskan,” katanya, sambil mengingatkan pemberita baharu perlu berhati-hati ketika bertugas.

Beliau berkata seseorang pemberita perlu memastikan diri mereka selamat terlebih dahulu, sebab itu pentingnya rakaman audio atau video disimpan sebagai langkah berjaga-jaga.

Suasana PRU di negeri ini semenjak dahulu lagi, menurutnya, tidak banyak berbeza dan jarang berlaku kekecohan, namun petugas media perlu sentiasa bersedia sepanjang masa.


”Kita tidak ada kepentingan seperti ‘orang politik’ kerana bertugas sebagai pemberita, siapapun kerajaan bukan persoalan, kerana kita tetap bertugas seperti biasa,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement