Anda di sini

Empat lagi Adun BN zahirkan sokongan kepada Shafie

Advertisement

KOTA KINABALU: Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Mereka termasuk Adun Beluran Datuk James Ratib, Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, Adun Kuamut Datuk Masiung Banah dan Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Kesemua mereka dilihat memasuki rumah kediaman Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada petang Ahad.

SHAFIE (kanan) ketika dalam sidang media itu.
SHAFIE (kanan) ketika dalam sidang media itu.

Shafie dalam pada itu menjelaskan dua Adun Umno itu bukannya menyertai Warisan sebaliknya menzahirkan sokongan kepada parti itu.

"Manakala dua Adun Upko itu pula kita sudahpun mengadakan kerjasama dengan parti itu...dua Adun Umno itu saya akan mempertimbangkan keadaan, mereka mahu menyokong sahaja tetapi bukan untuk menyertai parti...ini kita akan lihat bagaimanan nanti.

"Mereka hanya datang berjumpa dengan saya, kalau orang mahu jumpa dengan kita, takan kita tak mahu jumpa...YB kan.

"Macam ahli Upko mereka bukan Warisan, dan memang kita mempunyai kerjasama dengan Upko," katanya ketika dalam sidang media di kediamannya di sini.

Shafie turut menjelaskan ahli dan Adun Warisan kekal kukuh tanpa sebarang perubahan.

Katanya, kini Tan Sri Musa Aman tidak lagi boleh menyatakan beliau adalah ketua menteri kerana sebahagian besar Adunnya sudah hilang keyakinan dengannya.

Turut kelihatan di kediaman Shafie adalah Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Datuk Armani Mahiruddin, bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris, Naib Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Haji Nawawi.

  • oleh
  • Advertisement