Anda di sini

150 hadiri program HIP dan ceramah

Advertisement
 Cultivating Reading Culture Among Students’.
UNTUK KENANGAN: (dari kiri) Joshua, Alas, Hazelynn serta tetamu merakam kenangan bersama ibu bapa dan guru-guru SK Batu 36 pada program HIP dan ceramah ‘The Teacher-Parent Partnership: Cultivating Reading Culture Among Students’.
 Hazelynn (tengah) bersama Joshua (kiri) dan Alas (kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian sudut ‘1 Book, 1 Family’ SK Batu 36.
RASMI: Hazelynn (tengah) bersama Joshua (kiri) dan Alas (kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian sudut ‘1 Book, 1 Family’ SK Batu 36.

SERAMAI 150 ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 36 menghadiri program Highly Immersive Programme (HIP) dan ceramah ‘The Teacher-Parent Partnership: Cultivating Reading Culture Among Students’ baru-baru ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan Ketua Seksyen Bahasa Inggeris dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Hazelynn Rimbar.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Batu 36 Alas Rambli dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu 36 Joshua Jelang.

Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan program yang diperkenal di bawah dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

Di bawah program induk HIP, terdapat 4 subprogram dan salah satunya ialah Program Outreach yang dirangka untuk melibatkan penyertaan seluruh warga sekolah, di mana ia melibatkan pemimpin sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat.

Program Outreach yang bertemakan ‘The Teacher-Parent Partnership: Cultivating Reading Culture Among Students’ ini merupakan salah satu program yang mewujudkan penglibatan masyarakat khasnya ibubapa untuk membantu menerapkan amalan membaca di kalangan anak-anak mereka.

Selain usaha guru di sekolah untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris murid-murid, diharap penglibatan dan sokongan ibu bapa turut membantu usaha pihak sekolah.

Di samping itu, usaha ini mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.

Objektif program bertujuan menanamkan minat membaca di kalangan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, melibatkan murid dan ibu bapa dalam aktiviti membaca buku Bahasa Inggeris di luar kelas formal, mencapai sasaran Linus Sifar apabila murid memasuki tahap 2.

Selain itu, melaksanakan dasar NKRA iaitu memperkukuh Bahasa Inggeris di kalangan murid sekolah dan menggalakkan hubungan yang baik di antara pihak komuniti dengan pihak sekolah.

Turut diadakan majlis pelancaran sudut bacaan ‘1 Book, 1 Family’ yang dilhamkan Ketua Program Outreach Norhayati  Iskandar untuk membina sudut bacaan khas buat murid-murid membaca di luar waktu pembelajaran di kelas.

Disebabkan kekangan dana, pihak sekolah bersetuju untuk membuat soal selidik terlebih dahulu daripada setiap keluarga murid di SK Batu 36 untuk memohon persetujuan sumbangan tunai atau buku bacaan.

Hasil daripada kaji selidik daripada 170 keluarga, 100 peratus responden bersetuju memberikan sumbangan minimum RM3 bagi setiap keluarga dan 50 peratus responden besetuju menyumbang sebuah buku cerita bagi setiap keluarga.

Atas persetujuan tersebut, pihak sekolah menyerahkan sampul yang perlu diisi setiap keluarga dan warga sekolah menyatakan sumbangan masing-masing samaada minimum RM3, RM5, RM10 ataupun jumlah lain.

Sumbangan yang diberikan amat menggalakkan dan berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM1,543 serta 70 buku cerita.

Hasil daripada kutipan tersebut, sebuah rak buku khas telah ditempah dan lebihan dana digunakan untuk membeli lebih banyak bahan bacaan baharu kepada murid-murid.

Hazelynn juga turut menyumbang beberapa bahan bacaan yang boleh diguna pakai di sudut tersebut.

Pihak sekolah amat berbangga atas sumbangan dan sokongan yang diberikan semua ibu bapa dan warga sekolah untuk mewujudkan sudut bacaan yang selesa dan kemas buat semua pelajar SK Batu 36.

  • oleh
  • Advertisement