Anda di sini

BN kekal jadi kerajaan Sabah

Advertisement
MUSA membaca ikrar sumpah di hadapan Juhar dan isteri.
MUSA membaca ikrar sumpah di hadapan Juhar dan isteri.

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akhirnya kekal menjadi kerajaan selepas berjaya memperoleh majoriti sebanyak 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hasil kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).


Kerajaan itu sekaligus menjadikan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri selepas menyempurnakan adat istiadat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipetua Negeri Tun Juhar Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri  jam 11.10 malam Khamis.

MUSA menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri dari Juhar.
MUSA menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri dari Juhar.


Turut melafazkan sumpah setia ialah 10 barisan Kabinet iaitu Datuk Masiung Banah, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Datuk Bobby Suan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Jahid Jahim, Datuk Ellron Alfred Angin, Datuk Lasiah Baranting@Anita , Datuk Musbah Jamli, dan Datuk Jeffrey Kitingan.


Angkat sumpah berkenaan juga menandakan Musa akan mengetuai kerajaan negeri bagi penggal keempat sejak pelantikannya pada 2003 mengikut sistem penggiliran.

  • oleh
  • Advertisement