Anda di sini

Warisan sapu bersih Parlimen Silam, tiga DUN

Advertisement

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyapu bersih kerusi Parlimen Silam serta tiga Dewan Undangan Negeri di bawahnya.

Calon Warisan Mohammadin Ketapi meraih 23,352 untuk merampas kerusi Parlimen Silam daripada penyandangnya yang juga calon Barisan Nasional (BN) Datuk Datu Nasrun Datu Mansur yang memperoleh 16,951 undi.

NASRUN
NASRUN

Dua pesaing lain ialah calon Pas Ramli Pataruddin (1,431) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah (HR) (1,306).

Sementara itu, calon BN DUN N.50 Lahad Datu Datuk Mohammad Yusof Apdal yang memperoleh 8,372 undi tewas kepada calon Warisan Dumil Pg Masdal yang meraih 11,304 undi, manakala calon HR Wong Yu Chin hanya mendapat 663 undi.

Dalam persaingan di DUN N.Kunak, calon Warisan Norazlinah Arif memenangi kerusi itu dengan 4,898 undi manakala calon BN Datuk Nilwan Kabang memperoleh 4,630 undi, diikuti calon Pas Kasman Karate (492) dan calon HR Sahing Taking (141).

YUSOF
YUSOF

Calon muka baharu yang dipertaruhkan oleh BN di N.49 Tungku Mizma Appehdullah turut mengalami kekalahan apabila hanya mendapat 5,294 undi berbanding calon Warisan Assaffal P Alian yang berjaya meraih 6,295 undi.

Dua calon lain iaitu Bulangan Panasi (HR) mendapat 928 undi dan Abd Rahman Taggoh (PKS) dengan 102 undi.

Advertisement