Anda di sini

Tempoh lima tahun akan datang dijangka lebih mencabar

Advertisement

TAWAU: Bekas Pembantu Menteri Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming percaya persada politik negara akan terus mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Merotai berkata rakyat semakin kritis membuat pilihan dan tuntutan rakyat kepada Yang Berhormat (YB) juga kian kompleks.

PANG
PANG

“Janganlah fikir menjadi YB untuk meraih populariti semata-mata, walaupun boleh dibanggakan namun tugas dan amanah yang dipertanggungjawab perlu diutamakan.

“Rakyat memberikan amanah, jadi seseorang YB perlu sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk membawa rakyat ke tahap lebih baik berbanding sebelumnya,” katanya.

Pang ditemui Utusan Borneo di kediamannya di sini pada Rabu, selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata pemahaman politik rakyat semakin matang dan kemajuan teknologi yang ada akan memudahkan rakyat lebih dekat dengan senario politik semasa.

“Jika jadi YB, berilah perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan cubalah mencari idea yang berpandangan jauh, kerana anda dipilih untuk berbakti membela nasib masyarakat.

“Rakyat juga dilihat tidak lagi mengundi berdasarkan parti tetapi lebih cenderung kepada memilih calon YB yang boleh mereka letakkan harapan dan kepercayaan,” katanya.

Pelaksanaan PRU14 yang lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini pula disifatkannya sebagai petanda positif di sebalik pertandingan sengit yang berlaku.

Beliau percaya situasi itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya boleh hidup dalam keadaan aman damai walaupun wujud perbezaan ideologi politik sesama mereka.

Ditanya mengenai hala tuju politiknya selepas tidak dicalonkan oleh BN pada PRU14, Pang menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan akan terus kekal dalam BN.

  • oleh
  • Advertisement