Anda di sini

Penembak sekolah Kanada dipenjara seumur hidup

Advertisement
 Gambar menunjukkan pemandangan di luar Sekolah La Loche di Kanada pada 29 Januari, 2016. — Gambar Reuters
LOKASI KEJADIAN: Gambar menunjukkan pemandangan di luar Sekolah La Loche di Kanada pada 29 Januari, 2016. — Gambar Reuters

OTTAWA: Seorang pelajar yang menembak mati empat orang dan mencederakan tujuh lagi di sebuah rumah dan sebuah sekolah di komuniti penduduk asli Kanada yang terpencil di La Loche telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kelmarin.

Di bawah syarat bagi hukuman serentak, dia tidak akan layak untuk parol selama sekurang-kurangnya 10 tahun.

Pemuda tersebut, yang tidak dapat dikenal pasti di bawah undang-undang Kanada, hanya berusia 17 tahun pada Januari 2016 ketika dia menembak mati dua remaja bersaudara di dalam rumah mereka sebelum pergi ke sebuah sekolah berhampiran dan menembak mati dua guru.

Sekarang berusia 20 tahun, dia mengaku bersalah ke atas pembunuhan dan cubaan membunuh, serta memohon maaf di mahkamah kelmarin bagi tindakannya.

Seorang hakim memutuskan pada Februari bahawa dia akan dijatuhi hukuman sebagai seorang dewasa, memetik kepada impak mendalam daripada serangan senjata terhadap komuniti dan risiko tingginya untuk mengulangi kesalahan itu lagi.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Janet McIvor berkata 3,000 penduduk di perkampungan kecil tepi tasik di hujung Arctic Circle, dibelenggu kemiskinan dan kehilangan identiti budaya yang semakin berkembang, menjadi traumatik akibat kejadian tembakan.

Kejutan turut dirasai di sekitar Kanada, yang tidak biasa dengan bentuk kegana-san sebegini.

“Keganasan adalah tidak diprovok dan tidak sepatutnya,” kata McIvor, sambil menambah bahawa serangan adalah “tidak berperasaan,” “sangat menakutkan,” dan “dirancang untuk menyebabkan kerosakan semaksimum mungkin.” — AFP

Advertisement