Anda di sini

Pemberita siasatan Montenegro cedera ditembak

Advertisement
 Polis dilihat berkawal di kawasan di mana seorang penyerang menembak seorang pemberita siasatan wanita di Podgorica, Montenegro kelmarin. — Gambar AFP
BERKAWAL: Polis dilihat berkawal di kawasan di mana seorang penyerang menembak seorang pemberita siasatan wanita di Podgorica, Montenegro kelmarin. — Gambar AFP

PODGORICA: Seorang pe-nyerang menembak seorang pemberita siasatan wanita di Montenegro kelmarin, kata polis, yang menimbulkan seruan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi wartawan di negara Balkan itu.

Olivera Lakic “mengalami luka peluru dalam kaki ka-nannya tetapi nyawanya tidak dalam bahaya”, kata ketua polis Vesko Damjanovic kepada pemberita.

Pengarangnya, Mihajlo Jovovic, dari akhbar harian berpengaruh, Vijesti, berkata Lakic didekati seorang lelaki di luar rumahnya di Podgorica lewat kelmarin dan “ditembak di kaki dan pada waktu yang sama melihat dua lelaki lain lari dari tempat kejadian”.

“Saya terdiam. Sampai bilakah ini akan berlaku di Montenegro?” kata Jovovic.

“Tiada satu pun serangan ke atasnya diselesaikan setakat ini. Kebanyakan cerita yang dia telah laporkan, yang menunjuk kepada jenayah, tidak disiasat” oleh polis, ujarnya.

Lakic diserang di tempat yang sama enam tahun lalu, apabila dia ditumbuk di kepala beberapa kali.

Damjanovic berkata pasukan polis akan “berusaha sedaya upaya untuk mende-dahkan pesalah dan membawa mereka ke muka pengadilan”.

Serangan itu, yang kedua ke atas seorang wartawan dalam tempoh sebulan, menimbulkan kebimbangan antarabangsa.

“Serangan ke atas wartawan Olivera Lakic sangat membimbangkan. Wartawan mesti dilindungi,” tulis Duta EU ke Montenegro, Aivo Orav, dalam Twitter.

Kedutaan AS di Podgorica menyebut dalam satu kenya-taan bahawa ia mengikuti “serangan itu dengan bimbang”.

“Wartawan merupakan penjaga demokrasi dan mesti dilindungi supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan selamat,” kata kedutaan itu dalam Twitter.

Polis menutup lebuh utama di Podgorica, untuk mencari penyerang.

Pada bulan lepas, bom meletup berhampiran rumah seorang wartawan terkemuka di bandar utara Bijelo Polje.

EU, yang ingin disertai Montenegro pada 2025, selain organisasi media dan hak asasi manusia antarabangsa me-nuntut agar pihak berkuasa menyelesaikan semua sera-ngan ke atas wartawan dan organisasi media.

Kebanyakan daripada kira-kira 12 serangan sejak 15 tahun lalu, termasuk pembunuhan pengarang, Dusko Jovanovic, pada 2004 masih belum diselesaikan. — AFP

Advertisement