Anda di sini

Musa bentuk kerajaan negeri baharu

Advertisement
KENDERAAN rasmi Tan Sri Musa Aman kelihatan memasuki semula perkarangan Sri Gaya pada jam 4.25 petang tadi. Difahamkan, Musa akan kembali semula ke Istana Negeri pada jam 8 malam ini. - Gambar oleh ELTON GOMES.

KOTA KINABALU: Parti Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan negeri baharu bersesuaian dengan kelayakan parti itu yang memperoleh jumlah terkumpul Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebanyak 31 kerusi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Aman berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh setelah penambahan dua kerusi dari Parti Solidariti Tanahairku (STAR) iaitu Presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan ahli DUN Bingkor Robert Tawik.

"Maknanya kita (BN) mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah dan saya diberi mandat oleh kesemua 31 Adun sebagai Ketua Menteri Sabah.

"Sekarang ini apa yang penting bagi kita semua adalah meminta jasa baik Yang Dipetua Negeri Tun Juhar Mahiruddin untuk berikan kami peluang dan terus membenarkan angkat sumpah," katanya pada Sidang Media di kediaman rasmi Sri Gaya, di sini hari ini.

  • oleh
  • Advertisement