Anda di sini

Kuamut, Sukau kekal milik BN

Advertisement

KINABATANGAN: Kerusi DUN Kuamut dan Sukau terus kekal milik Barisan Nasional (BN) setelah calonnya, Datuk Masiung Banah dan Datuk Saddi Abdul Rahman menang Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) menewaskan calon-calon parti yang bertanding.

Kerusi DUN N.47 Kuamut dan DUN N.48 Sukau yang dianggap sebagai kerusi panas selepas kedua-dua calon BN yang merupakan penyandang kerusi itu ditentang lima penjuru (DUN Kuamut) dan empat penjuru (DUN Sukau).

MASIUNG
MASIUNG

Datuk Masiung Banah yang merupakan Ketua Bahagian UPKO Bahagian Kuamut menang PRU14 N.47 menewaskan empat calon lain dengan majoriti. 4,121 undi.

Masiung  meraih undi sebanyak  8,042 manakala empat calon lain, Norfaezah Chua@ Giak Kiang (Parti Warisan Sabah) mendapat 3,941 undi, James Aik (STAR) 1,132 undi, Jumaidin Lakala (PAS) 330 undi dan Edward Podok (Parti Cinta Sabah) 205 undi.

Sejumlah 17,875 pengundi berdaftar di kawasan DUN Kuamut menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Sebanyak 16 pusat mengundi tidak termasuk undi pos dan undi awal, dibuka seawal jam 8 pagi disediakan bagi proses pengundian sebelum ditutup pada jam 5 petang  dengan peratusan keluar mengundi 78.8%.

Hanya 14,083 orang keluar mengundi , undi diterima calon 13,630, undi tidak dikembalikan 55 dan undi ditolak adalah sebanyak 408.

Manakala, Datuk Saddi Abdul Rahman menang PRU14 N.48 menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 1,628 undi.

Saddi meraih undi sebanyak  4,660 undi manakala tiga calon lain, Ismail Mohd Ayub (Parti Warisan Sabah) perolehi 3,032 undi, Abdul Gani Kosul (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) 71 undi dan Muarrifdin Malek (Parti Harapan Rakyat Sabah) 117 undi.

Saddi yang sebelum itu tiba di pusat penjumlahan undi kira-kira jam 8 malam  dan beredar sebelum pengumunan.

Sejumlah 10,855 pengundi berdaftar di kawasan DUN Sukau.

SADDI
SADDI

Sebanyak 11 pusat mengundi juga tidak termasuk undi pos dan undi awal, dibuka seawal jam 8 pagi disediakan bagi proses pengundian sebelum ditutup pada jam 5 petang dengan peratusan keluarg mengundi  sebanyak 76.2%.

Hanya 8,163 orang keluar mengundi, 7,880 undi diterima calon, undi ditolak adalah sebanyak 253 dan undi tidak kembali 30.

Keputusan PRU14 DUN N.47 dan DUN N.48 Sukau, diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Dewan Sri Lamag di sini pada jam 2.26 pagi.

Pada PRU13 (2013), Masiung  menang dengan majoriti 4,618 undi dalam pertembungan tiga penjuru dengan BN, STAR dan PKR. Manakala, Saddi menang dengan majoriti 4,419 undi dalam pertembungan empat penjuru dengan BN, SAPP, PAS dan STAR.

  • oleh
  • Advertisement