Anda di sini

KEMAS adakan Program Pendidikan Gaya Hidup Sihat di Rumah Josep Jarrau

Advertisement
 
 

JABATAN Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sibu telah mengadakan Program Pendidikan Gaya Hidup Sihat di Rumah Josep Jarrau, baru-baru ini.

Program ini dianjurkan dalam usaha jabatan mendekatkan diri dengan komuniti setempat, khususnya di luar bandar.

Program telah disertai oleh penduduk dari rumah panjang berhampiran dan telah berlangsung dengan meriah.

Pelbagai acara telah diatur bagi memenuhi program seperti senamrobik, sukaneka, demonstrasi makanan sihat serta cabutan nama bertuah.

Acara sukaneka telah dimenangi oleh pasukan Tiga Sekawan, diikuti pasukan RS1, Acakuya dan Bungar Mawar.

 
  • oleh
  • Advertisement