Anda di sini

Hari Guru Beluran 12 Mei

Advertisement

BELURAN: Majlis sambutan Hari Guru 2018 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 peringkat Daerah Beluran akan diadakan esok (12 Mei) bermula jam 8 pagi di Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan.

Setiausaha Jawankuasa Pelaksana Abdul Raman Osman berkata, pelbagai pengisian majlis itu termasuklah penyampaian anugerah kepada seramai 96 penerima yang terdiri daripada para pegawai perkhidmatan pendidikan (guru-guru) dan juga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

“Turut disampaikan pada majlis itu ialah ‘Anugerah Jasamu Dikenang’ untuk mereka yang telah bersara, Anugerah Jasa Dalam Kenangan, Anugerah Sekolah Cemerlang dalam UPSR, SPM dan STPM 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu tambahnya, turut disampaikan ialah Anugerah Guru Inovatif dan Guru Perpustakaan Media (GPM) Cemerlang di bawah Pengurusan Pusat Sumber Sumber (PSS), Anugerah Guru

Cemerlang Pendidikan Khas 2018 dan Anugerah Tokoh Guru yang merupakan acara kemuncak majlis itu.

Beliau berkata, seramai 300 orang yang terdiri daripada para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Beluran, para pengetua dan guru besar serta penerima APC akan menghadiri majlis itu dengan tema ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’.

"Majlis perasmian sambutan Hari Guru esok akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul," katanya.

Katanya, pada majlis itu Maimunah akan turut melancarkan ‘Program Pantas’ Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

  • oleh
  • Advertisement