Anda di sini

Dua Menteri Kabinet Persekutuan, tiga TKM Sabah, lima Menteri Kabinet tumpas

Advertisement

KOTA KINABALU: Dua Menteri Kabinet Persekutuan, tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah termasuk lima Menteri Kabinet tewas pada pilihanraya umum ke-14 (PRU-14).         

Mereka terdiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Makaysia,  Datuk Seri Salleh Tun Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abd Rahman Dahlan.

SALLEH
SALLEH

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri,  Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Indudtri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin.

ABD. RAHMAN
ABD. RAHMAN

Yang lain Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Maleh,  Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.  

Selain itu tiga pembantu menteri yang tewas terdiri  Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang,  Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sairin Karno dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

  • oleh
  • Advertisement