Anda di sini

AS tarik diri daripada perjanjian nuklear Iran

Advertisement
 Seorang penunjuk perasaan membawa sepanduk yang membantah keputusan Trump mengeluarkan AS daripada perjanjian nuklear Iran di Washington, kelmarin. — Gambar Reuters
BANTAH: Seorang penunjuk perasaan membawa sepanduk yang membantah keputusan Trump mengeluarkan AS daripada perjanjian nuklear Iran di Washington, kelmarin. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengeluarkan Amerika Syarikat (AS) daripada satu perjanjian penting untuk mengekang program nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan yang melumpuhkan kelmarin, mengingkari rayuan Eropah dan mendesak bantahan antarabangsa.

Trump mencemuh perjanjian “malang” 2015, menggambarkannya sebagai “memalukan” kepada AS yang tidak berkesan untuk membendung cita-cita nuklear Iran.

“AS akan menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran,” tegas Trump dalam ucapan kepada negara dari Rumah Putih.

Menolak ke tepi selama lebih sedekad dan setengah diplomasi berhati-hati oleh Britain, China, Perancis, Jerman, Iran, Rusia dan pentadbiran AS yang lepas, Trump menyeru bagi satu “perjanjian baharu dan berpanjangan”.

Tawar-menawar utama itu, menurut beliau, perlu memasukkan bukan sahaja sekatan yang lebih mendalam terhadap program nuklear Iran, tetapi juga terhadap misil balistik dan sokongannya kepada kumpulan militan di sekitar Timur Tengah.

“Kami tidak dapat menghalang bom nuklear Iran di bawah struktur yang mereput dan buruk dalam perjanjian sekarang,” dakwa beliau.

“Kami tidak akan membenarkan bandar-bandar AS diancam dengan kemusnahan dan kami tidak akan membenarkan sebuah rejim yang melaungkan ‘Kematian buat Amerika’ mendapatkan akses kepada senjata yang paling berbahaya di Bumi.”

Ia masih lagi jauh dari jelas sekiranya masyarakat antarabangsa, atau Iran, akan menurutinya.

Presiden Iran Hassan Rouhani – yang kedudukannya di negaranya sekarang berisiko akan dilemahkan oleh kegagalan perjanjian itu – berasa amat marah, menuduh Trump melancarkan “perang psikologi”.

Rouhani berkata Iran boleh menyambung semula pengayaan uranium “tanpa had” sebagai respons kepada pengumuman Trump, namun ia akan membincangkan responsnya dengan pihak-pihak lain yang terlibat dalam perjanjian itu sebelum mengumumkan satu keputusan.

Tuntutan berat daripada Trump dan amarannya bahawa rakyat Iran berhak mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripada “pemerintahan diktator” mereka sekarang hanya akan menambahkan kecurigaan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk perubahan rejim.

“Sekiranya pihak rejim meneruskan aspirasi nuklearnya, ia akan berdepan masalah yang lebih besar berbanding yang ia pernah alami sebelum ini,” beliau memberi amaran.

Pegawai agresif AS mempercayai bahawa selepas memegang kuasa selama 38 tahun, rejim ulama Iran semakin lemah dengan tekanan ekonomi domestik, demografi yang berubah, tunjuk pera-saan umum dan kos tentera asing yang tinggi.

Keputusan itu menandakan kekalahan diplomatik yang ketara buat Eropah, di mana pemimpinnya, beberapa kali dan secara perseorangan, merayu agar pemimpin AS yang sinis itu berfikir semula.

Dalam satu kenyataan bersama, Angela Merkel dari Jerman, Theresa May dari Britain dan Emmanuel Macron dari Perancis telah menyuarakan “kekesalan dan kebimbangan mereka” dengan keputusan Trump.

Beberapa firma Eropah yang menjalankan perniagaan di Iran sekarang mempunyai tarikh akhir selama enam bulan untuk menamatkan pelaburan, atau berdepan risiko sekatan AS, kata penasihat Trump yang agresif John Bolton, ketika menolak rundingan bagi pertimbangan semula.

“Kami sudah keluar daripada perjanjian, kami sudah menarik diri daripada per-janjian,” tegas beliau.

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menjelaskan bahawa Washington bertindak “di bawah kedua-dua pihak berkuasa sekatan pertama dan kedua kami,”  bermakna firma Eropah yang mempunyai pelaburan atau operasi di AS akan menjadi sasaran sekiranya mereka meneruskan urus niaga dengan Iran.

Dalam satu petunjuk betapa mendalamnya rasa tidak puas hati Eropah, rancangan telah dirangka di Brussels bagi memperkenalkan langkah-langkah menghalang sekatan AS, satu tindakan yang sangat luar biasa terhadap sebuah kerajaan bersekutu.

Namun Bolton berkata kerjasama dengan Eropah mengenai Iran masih belum tamat, dan Trump telah menunggu sehingga saat-saat akhir – “hanya sebelum ucapan,” – untuk membuat keputusan muktamadnya, mendengar kepada beberapa pendapat yang berbeza me-ngenai isu, termasuk daripada semua sekutu AS.

AS akan “bekerja dengan pihak Eropah dan lain-lain bukan sahaja berhubung isu nuklear tetapi juga terhadap perkembangan misil balistik Iran, sokongannya yang ber-terusan bagi keganasan dan aktiviti ketenteraannya yang menjejaskan persahabatan kami,” Bolton memberitahu Fox News.

Ketika musuh ketat Iran di Israel dan Arab Saudi menyambut baik keputusan Trump, penandatangan perjanjian yang sedia ada berjanji akan meneruskannya tanpa AS.

Ketua diplomat Kesatuan Eropah Federica Mogherini, yang membantu mengawasi perjanjian, menegaskan ia “mencapai sasarannya yang menjamin bahawa Iran tidak akan menghasilkan senjata nuklear”.

“Kesatuan Eropah nekad untuk mengekalkannya,” tegas beliau.

Keputusan Trump memberinya satu kemenangan politik domestik, memenuhi janji kempen yang sudah lama dinyatakan dan menegaskan lagi bentuk politik tidak bertolak ansurnya.

Namun kesan jangka panjang terhadap polisi asing AS dan terhadap Timur Tengah adalah kurang jelas.

Bekas presiden AS Barack Obama – yang pentadbiran beliau telah menandatangani perjanjian itu – membuat kritikan umum yang jarang dilakukan terhadap penggantinya, menyatakan keputusan Trump untuk meninggalkan perjanjian nuklear Iran sebagai “salah langkah” dan “satu kesilapan yang serius”. — AFP

Advertisement