Anda di sini

Aktiviti Kilauea berhenti seketika, lebih banyak letusan dijangka

Advertisement
 Seorang pegawai dilihat mengukur paras gas sulfur dioksida di kawasan kejiranan Leilani Estates selepas letusan gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii kelmarin. — Gambar AFP
UKUR: Seorang pegawai dilihat mengukur paras gas sulfur dioksida di kawasan kejiranan Leilani Estates selepas letusan gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii kelmarin. — Gambar AFP

LEILANI ESTATES: Aktiviti gunung berapi dari gunung berapi Kilauea di Hawaii berhenti seketika kelmarin, menurut pihak berkuasa, sementara memberi amaran bahawa lebih banyak letusan mungkin akan berlaku.

US Geological Survey (USGS) melaporkan dua rekahan bumi yang baharu pada Isnin lepas berhampiran Leilani Estates, memuntahkan lava dan wap berbahaya.

Ia menambah bahawa walaupun letusan telah berhenti seketika pada awal kelmarin, gas masih lagi keluar dari satu sistem rekahan yang sekarang sepanjang 2.5 batu – dan lebih banyak aktiviti seismik dan aliran lava telah dijangkakan.

“Keadaan berhenti seketika ini adalah berkemungkinan bersifat sementara dan penerusan bagi pengeluaran lava atau rekahan tambahan adalah mungkin berlaku pada bila-bila masa,” menurut USGS dalam satu kenyata-an.

Hawaiian Volcano Observatory menyatakan sejak gunung berapi mula meletus pada Khamis lepas, 12 rekahan telah muncul dan 35 bangunan, termasuk 26 rumah, telah musnah.

Pihak berkuasa berkata penduduk di sub divisyen Leilani Estates, terletak di daerah Puna, telah dibenar-kan untuk memeriksa rumah mereka dan mengambil barangan peribadi pada siang hari namun telah dinasihatkan untuk meninggalkan kawasan itu pada jam 6 petang waktu tempatan.

Penduduk Lanipuna Gardens, sebuah lagi kawasan kejiranan yang dikosongkan, bagaimanapun tidak dibenarkan akses ke rumah mereka, disebabkan oleh gas gunung berapi berbahaya, menurut Pertahanan Awam Wilayah Hawaii dalam satu kenyataan.

Kira-kira 1,700 penduduk di beberapa komuniti Leilani Estate dan kawasan lebih kecil Lanipuna Gardens telah di-arahkan untuk mengosongkan kawasan pada Khamis lepas ketika ancaman kebakaran dan paras asap toksik berbahaya.

Pihak berkuasa kelmarin berkata kira-kira 200 orang yang masih lagi berlindung di dua pusat dan telah dibantu oleh Palang Merah.

Kilauea, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia dan salah satu daripada lima yang terdapat di pulau ini, mula meletus pada tengah hari Khamis lepas.

Gempa bumi sekuat magnitud 5 di bawah bahagian selatannya telah menyebabkan satu letusan awal. Beberapa gegaran susulan berlaku sejak itu.

Satu gempa bumi pada Jumaat telah diukur dengan magnitud 6.9, yang paling kuat melanda pulau tersebut sejak tahun 1975. — AFP

Advertisement