Anda di sini

Adun Upko kekal bersama BN

Advertisement
MUSA (tengah) bersama barisan Adun-Adun Upko yang hadir pada sidang media itu.
MUSA (tengah) bersama barisan Adun-Adun Upko yang hadir pada sidang media itu.

KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko) terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kelima-lima Adun berkenaan termasuklah Adun Kuamut Datuk Masiung Banah, Adun Kadamaian Ewon Benedick,  Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir,  Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan Adun Nabawan Datuk Bobbey Suan.

Masiung berkata, khabar angin yang mengatakan mereka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak benar sama sekali.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara ini walaupun Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko memutuskan untuk bergabung bersama Warisan.

"Kami ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak pernah dirujuk pada Adun Upko.

"Kami juga secara sukarela memberikan sokongan penuh kepada pucuk pimpinan dan bukannya ditahan di sini (Sri Gaya) seperti yang diwar-warkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah Tan Sri Musa Aman di sini hari ini.

Terdahulu, Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengumumkan Upko keluar BN dan akan bergabung dengan Warisan.

  • oleh
  • Advertisement