Anda di sini

Rasuah: Bekas pegawai tertinggi China dipenjara

Advertisement
 Sun ketika menghadiri sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat China di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 5 Mac, 2017. — Gambar Reuters
DIHUKUM PENJARA: Sun ketika menghadiri sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat China di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 5 Mac, 2017. — Gambar Reuters

BEIJING: Seorang bekas pegawai parti Komunis China yang pernah diramal menduduki jawatan tertinggi kepimpinan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan rasuah semalam, pegawai kanan terbaharu yang jatuh dalam perjuangan antirasuah oleh Presiden Xi Jinping.

Sun Zhengcai, bekas anggota Politburo dan ketua parti bandar mega barat daya Chongqing, didapati bersalah kerana menerima lebih 170 juta yuan dalam bentuk rasuah, kata Mahkamah Perantaraan Pertama Rakyat di Tianjin dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Sun, 54, pernah diramal bagi kenaikan pangkat dalam jawatankuasa tetap pentadbiran elit seramai tujuh anggota Politburo, yang memerintah negara dan dipengerusikan oleh Xi.

Sebagai anggota Politburo paling muda, Sun malah dilihat dalam beberapa bahagian sebagai bakal pengganti Xi.

Mahkamah berkata defendan telah dijatuhkan hukuman “lembut hati” sebagai balasan bagi kesanggupan dia untuk bekerjasama dengan siasatan.

Sebagai tambahan kepada hukuman penjaranya, “harta benda curi oleh Sun telah disita”, menurut kenyataan.

Sun dituduh mengambil kesempatan terhadap ke-dudukannya bagi mendapat-kan keuntungan daripada orang lain dan menerima wang secara haram, menurut kenyataan mahkamah sebelum ini.

Dia dan rakan subahatnya telah didakwa menerima rasuah sebagai balasan untuk memberi bantuan kepada organisasi dan individu tertentu dengan menguruskan kontrak, operasi perniagaan dan perkara lain.

Tindakannya telah “menjejaskan dengan teruk keadaan kerja normal bagi organisasi negara dan menjejaskan inte-griti kelakuan oleh kakitangan negara,” kata kenyataan.

Dia mengaku bersalah ke atas tuduhan semasa satu perbicaraan selama sehari pada April.

Sun merupakan anggota pertama yang berkhidmat dalam Politburo seramai 25 anggota yang berada dalam siasatan sejak Bo Xilai, seorang lagi bekas ketua Chongqing, yang dipenjarakan seumur hidup pada 2013.

Xi mengetuai satu kempen antirasuah terkenal sejak memegang kuasa pada 2012 yang telah menghukum lebih sejuta pegawai, namun pengkritik telah membandingkannya dengan satu penyingkiran politik. — AFP

Advertisement