Anda di sini

Pupuk minat pelajar

Advertisement

Terokai dalam bidang sains, matematik

PENDIDIKAN di Malaysia hari ini telah memasuki fasa yang lebih matang dengan implementasi pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran secara formal mahu pun tidak formal.

Perkembangan senario ini diperkasakan lagi dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bersepadu dan menyeluruh yang kini telah memasuki gelombang kedua.

Selain pembelajaran di dalam kelas, aktiviti luar kelas juga dirancang untuk melancarkan dan memantapkan lagi program ini, di samping penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar.

SESI ujikaji sains dilakukan oleh peserta yang terlibat dalam karnival itu.
SESI ujikaji sains dilakukan oleh peserta yang terlibat dalam karnival itu.

Justeru, satu Karnival Environmental Education, Science, Technology, Engineering, Mathematics (E²=s+eM) SMK Kuhara dirangka oleh Persatuan Sains dan Matematik (Persama) di bawah seliaan Bidang Sains dan Matematik dengan rakan penganjur iaitu Rakan Alam Sekitar Sekolah (RASS) di bawah Unit Serasi Hal Ehwal Murid.

Karnival itu dilaksanakan sempena Minggu Sains Negara dengan pelbagai pengisian dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat dapat meningkatkan pengetahuan sains pelajar dan warga SMK Kuhara.

Amsah Arase selaku ketua penyelaras Karnival E²=s+eM berkata karnival itu bertujuan mendemokrasikan konsep Teknologi Hijau dan STEM kepada para pelajar SMK Kuhara, Tawau.

“Karnival ini secara tidak langsung berjaya memupuk minat yang mendalam dalam bidang sains dan matematik dengan pendekatan menerusi aktiviti 'minds-on' dan 'hands-on' yang pelbagai dan menarik,” katanya.

Tambahnya, karnival itu juga berjaya mengaplikasian KBAT dalam perancangan serta pelaksanaan aktiviti oleh para AJK dan peserta dalam kalangan pelajar itu sendiri selain berjaya meningkatkan lagi kemahiran berfikir, memimpin dan sekali gus dapat meningkatkan pengetahuan serta memupuk pembinaan identiti nasional di samping mendidik mereka aspek etika dan kerohanian.

Terdapat 13 program telah dirancang dan telah berlangsung sepanjang minggu itu yang melibatkan panitia-panitia di bawah bidang sains dan matematik termasuklah, sains, matematik, fizik, Kimia, biologi dan matematik tambahan.

Antara program yang dilaksanakan ialah Nature Photo, Giant Buble, nature Puzzle, Nature Talk, Tower Challenge, Nature Hunt, Kuiz Kimia, Water Rocket, Egg Drop, Addmath Battle, SODUKO Challenge, Rubic cube Challenge, Real Science Demo, Health Screening, Pencil and Paper Natur Quiz, Dart Challenge, 3R Classroom Race serta teka bilangan dan berat.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kuhara Rashidah Haji Abdul. Beliau telah memberikan ucapan perasmian penutupan sekaligus.

AJK pelaksana yang membantu melancarkan perjalanan karnival berkenaan.
AJK pelaksana yang membantu melancarkan perjalanan karnival berkenaan.

Rashidah berkata karnival itu berjaya mewujudkan keseimbangan mental dengan perkembangan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Katanya melalui program itu minat pelajar untuk mempelajari bidang teknologi hjau serta STEM akan bertambah dan secara tidak langsung ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian di samping berjaya meningkatkan aktiviti PAK 21 iaitu 4C: Collaboration, Cooperation, Critical Thinking and Creativity dalam kalangan pelajar.

“Karnival ini secara tidak langsung berjaya merangsang rasa ingin tahu pelajar dan mendorong keseronokan mereka untuk menerokai dunia ilmu Sains dan Matetmatik serta pendidikan alam sekitar tanpa sempadan," katanya.

Advertisement