Anda di sini

Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab

Advertisement

KINABATANGAN; Anggota Rela diingatkan agar menjalan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh tanggungjawab kerana mereka adalah mata dan teliga kerajaan di samping menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.

Penolong Pesuruhjaya Kanan (Kehormat) Rela Dato Juhari Janan juga mengingatkan kepada anggota Rela agar menjaga disiplin yang tinggi kerana mereka juga menjadi contoh kepada masyarakat khususnya apabila mereka memakai pakaian seragam pasukan itu.

JUHARI (dua dari kanan) menyampaikan pakaian seragam Rela kepada salah seorang anggota.
JUHARI (dua dari kanan) menyampaikan pakaian seragam Rela kepada salah seorang anggota.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Rela bersama Pemimpin Peringkat Daerah Kinabatangan di Dewan KOPEL Kampung Mangaris Batu Putih, di sini.

Juhari berkata, kini anggota Rela bukan lagi seperti dulu yang sekadar menjaga keamanan di kampung-kampung tapi hari ini anggota Rela turut terlibat di barisan hadapan untuk menjaga keselamatan negara.

Beliau juga menyeru kepada anggota Rela supaya ketika menjalankan tugas dengan tertib dan berdisiplin semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

JUHARI (tengah) bersama anggota Rela selepas majlis berkenaan.
JUHARI (tengah) bersama anggota Rela selepas majlis berkenaan.

"Sebagai anggota Rela yang banyak mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan sudah pasti kita mempertahankan kerajaan yang sedia ada, kerana kerajaan hari ini aman damai walaupun kita terdiri daripada pelbagai suku kaum," katanya.

Di majlis itu, Juhari turut menyampaikan pakaian seragam kepada anggotan Rela. Turut hadir ialah Pegawai Rela Daerah Kinabatangan Ismail Talib dan wakil OCPD Kinabatangan ASP Marcos Ahdy Lawrehce.

Advertisement