Anda di sini

Tiba masa rakyat pilih calon masing-masing

Advertisement

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat keputusan bagi memilih calon efektif, ikhlas, jujur, berdedikasi dan komited untuk berkhidmat kepada mereka.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengundi perlu melihat prestasi semua calon termasuk mereka yang mempertahankan kerusi pada PRU kali ini.

"Seorang wakil yang dipilih mesti memainkan dua peranan iaitu sebagai seorang penggubal undang-undang serta yang berkhidmat kepada rakyat.

LEE Lam Thye
LEE Lam Thye

"Beliau mestilah menangani isu-isu negara di Parlimen selain bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti memberikan komitmen kepada kawasan mereka dan sentiasa berada di kawasan apabila diperlukan.

Katanya, keputuasan yang dibuat bukan sahaja akan memberi kesan kepada rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang tetapi juga bakal menentukan nasib negara dan generasi akan datang.

 "Saya juga ingin menasihatkan agar semua pengundi Malaysia yang layak harus menjalankan tanggungjawab asas mereka untuk membantu menentukan masa depan negara.

"Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia telahpun membuat keputusan bagaimana untuk mengundi dan siapa yang harus dipilih.

"Bagaimanapun, sebelum membuang undi, mereka perlu berfikir dengan serius dan membuat keputusan yang bijak dan kritikal demi kepentingan negara dan masa depannya," katanya.

Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) berharap  pengundi akan memilih calon yang mempunyai integriti kerana ia dapat membantu membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

  • oleh
  • Advertisement