Anda di sini

Persepsi negatif, isu tular di media sosial perlu ditangani

Advertisement
 WAN Ali bersama tetamu jemputan yang hadir pada Program Turun Padang di Dewan PPR Batu Sapi.
WAN Ali bersama tetamu jemputan yang hadir pada Program Turun Padang di Dewan PPR Batu Sapi.

SANDAKAN: Warga di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi penjelasan mengenai isu sebenar yang berlaku bagi mengelak persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

 
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN Dato Haji Wan Ali Besar berkata penularan isu-isu yang tidak tepat di media sosial perlu ditangani dan diambil tindakan segera.
 
Katanya, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri sentiasa mengingatkan supaya setiap isu yang timbul, perlu ditangani dalam masa empat jam.
 
 
"Tidak dinafikan tahun ini adalah lebih mencabar buat penjawat awam. Kita bukan sahaja terlibat dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, malah akan berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Rabu.
 
"Selain penularan isu tidak tepat di media sosial, jabatan, agensi dan bahagian di bawah KDN perlu sentiasa bersiap sedia bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar khususnya dari aspek keselamatan.
 
"Ini penting kerana sekiranya aspek keselamatan tidak terjamin, ia boleh mengganggu proses pilihan raya itu sendiri, malah boleh membahayakan keselamatan rakyat yang keluar mengundi," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Turun Padang Bersama Warga Jabatan, Agensi dan Bahagian di bawah KDN Peringkat Negeri Sabah di Dewan PPR Batu Sapi, di sini pada Isnin. 
 WAN Ali (dua kiri) menyampaikan geran kepada persatuan penduduk pada Program Turun Padang.
WAN Ali (dua kiri) menyampaikan geran kepada persatuan penduduk pada Program Turun Padang.
 
Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan calon BN bagi DUN Sekong Datuk Samsudin Yahya. 
 
Pada majlis itu, Wan Ali turut menyampaikan geran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), geran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sijil lahir oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta ADAM50 oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
  • oleh
  • Advertisement