Anda di sini

PDRM giat perluas perkhidmatan keselamatan

Advertisement
PARA pegawai PDRM dan warga Gereja St Michael Penampang merakamkan gambar bersama.
PARA pegawai PDRM dan warga Gereja St Michael Penampang merakamkan gambar bersama.

PENAMPANG: Polis perluas perkhidmatan keselamatan dengan melantik pegawai perhubungan gereja.

 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya akan menempatkan seorang pegawai perhubungan gereja bagi menyelaraskan urusan keselamatan.
 
Menurutnya, sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melantik pegawai perhubungan sekolah dan juga masjid.
 
Justeru katanya, penempatan pegawai perhubungan gereja akan membantu memaksimumkan lagi perkhidmatan PDRM dalam masyarakat.
 
"PDRM kontinjen Sabah mempunyai ramai pegawai dalam kalangan penganut agama Kristian.
 
"Sehubungan itu, kita wujudkan pegawai perhubungan gereja agar setiap masalah dan kemusykilan berkaitan urusan keselamatan lebih mudah diselaraskan," katanya.
RAMLI (dua kanan) melawat tapak pameran yang disediakan pada majlis itu.
RAMLI (dua kanan) melawat tapak pameran yang disediakan pada majlis itu.
 
Beliau berkata demikian pada Acara Sembahyang Kristian Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Gereja St Michael di sini pada Ahad.
 
Ramli berkata, pegawai berkenaan akan datang ke gereja setiap sekali atau dua kali sebulan untuk bertanya dan berbincang terutama hal yang melibatkan keselamatan di gereja.
 
Menurutnya, walaupun Sabah keseluruhannya tidak ada masalah, tetapi pihaknya tidak mengambil mudah terhadap perkara itu.
 
"Kita berhasrat untuk beri perkhidmatan yang semaksimum mungkin kepada masyarakat.
 
"Itulah sebabnya kita fikirkan apa juga ruang yang boleh diambil bagi memenuhi aspirasi ini," katanya.
SEBAHAGIAN pegawai polis yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN pegawai polis yang hadir pada majlis itu.
 
  • oleh
  • Advertisement