Anda di sini

Musa ajak rakyat beramai-ramai keluar mengundi esok

Advertisement

SANDAKAN: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman menyeru rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab dan hak masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14, esok (9 Mei).

Dalam satu sidang media di Sri Libaran, Musa yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga berkata, ia amat penting untuk rakyat memilih sesebuah kerajaan bagi menentukan masa depan generasi kini dan akan datang.

 

"Kita berharap agar pengundian esok (9 Mei) akan berjalan lancar dan teratur serta mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kita yakin rakyat Malaysia khususnya di Sabah akan membuat pilihan dengan baik dan matang berdasarkan trek rekod, bukti dan pencapaian kita selama ini untuk terus memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement