Anda di sini

Mangsa kebakaran terima sumbangan

Advertisement

BANTUAN...Mangsa kebakaran di Kampung Sri Tanjung Projek Perumahan Setempat (PPMS) Bukit Garam, Kinabatangan mendapat perhatian daripada Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) yang tampil untuk menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian kepada tiga keluarga yang mana, rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian pada 6 Mei lalu.

Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh Presiden Sabas Dato Juhari Janan. Beliau ditemani Ahli Jawatankuasa Sabas. Turut hadir ialah pemimpin setempat. Kelihatan Juhari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anggota keluarga mangsa kebakaran.

Advertisement