Anda di sini

Lubang benam di New Zealand dedah gunung berapi berusia 60,000 tahun

Advertisement
 Imej daripada video TVNZ dirakam pada 2 Mei menunjukkan lubang benam yang muncul di ladang tenusu berhampiran pekan Rotorua di North Island, New Zealand. — Gambar AFP
MENAKJUBKAN: Imej daripada video TVNZ dirakam pada 2 Mei menunjukkan lubang benam yang muncul di ladang tenusu berhampiran pekan Rotorua di North Island, New Zealand. — Gambar AFP

WELLINGTON: Satu lubang benam baharu di sebuah ladang North Island yang sedalam empat bas dua tingkat dan hampir sepanjang dua padang bola sepak telah menarik perhatian pakar gunung berapi New Zealand.

Lubang yang muncul selepas hujan lebat berhampiran pekan Rotorua dan meninggalkan parut berceranggah di landskap itu, mendedahkan lapisan batu berusia 60,000 tahun.

Pakar mempercayai hujan telah melarutkan batu kapur di bawah tanah sejak ribuan tahun, kemudian menyebabkan tanah itu runtuh dan menghasilkan lembah berkenaan.

“Ini adalah sangat menakjubkan, ia adalah jauh lebih besar daripada apa yang saya pernah lihat sebelum ini,” pakar gunung berapi Brad Scott menyatakan tentang lubang berukuran 20 meter dalam dan 200 meter panjang.

Scott berkata ladang tenusu di mana rekahan pada bumi muncul terletak di atas kawah gunung berapi.

“Apa yang saya lihat di bawah lubang adalah lapisan gunung berapi asal berusia 60,000 tahun yang keluar dari kawahnya,” beliau memberitahu TVNZ.

Peladang Colin Tremain berkata lubang tersebut muncul semalaman pada minggu lepas dan dikesan oleh salah seorang pekerja semasa rondaan awal pagi untuk menggembala lembu.

Ketika lubang sebegini adalah biasa di ladang, ini adalah jauh lebih besar, katanya sambil mengaku tiada cara untuk menghalang tanahnya hilang dalam ke-adaan sedemikian.

“Saya sudah meletakkan pagar di sekelilingnya dan melupakannya, membuang masa sahaja untuk mengisi tanah ke dalamnya,” beliau memberitahu Radio NZ. — AFP

Advertisement