Anda di sini

Kembalikan Inanam kepada BN

Advertisement

INANAM: Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam diingatkan agar bijak membuat keputusan semasa memangkah kertas undi pada hari pengundian esok bagi memberi kemenangan calon Barisan Nasional (BN) jika mahu kerusi Inanam ini kembali semula ke pangkuan BN.

Ketua Bahagian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon berkata, inilah masanya dan peluang terbaik bagi rakyat Inanam menolak calon pembangkang dan memberi kemenangan kepada calon BN Inanam iaitu Datuk Johnny Goh kerana pembangkang gagal membawa pembangunan dan perubahan di Inanam walupun telah diberi peluang selama lima tahun.

 

Katanya lagi, peluang kemenangan BN di Inanam pada kali ini adalah amat cerah, ini kerana rakyat Inanam telah hilang kepercayaan kepada parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai matlamat perjuangan yang sebenar.

Fredolin, yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PBS DUN Inanam amat yakin dengan kerja keras antara semua parti komponen BN di Sepanggar, maka BN dijangka akan memenangi kerusi Parlimen Sepanggar, DUN Karambunai dan menawan semula kerusi DUN Inanam yang dimenangi oleh parti PKR pada PRU ke-13 yang lalu.

FREDOLIN
FREDOLIN

Fredolin turut mengingatkan pengundi-pengundi di Inanam agar keluar ke tempat pengundian secara beramai-ramai dan memastikan ahli-ahli parti dan penyokong-penyokong BN dibawa ke tempat pengundian seawal pagi.

Katanya, pengangkutan telah pun disediakan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta markas-markas untuk kemudahan pengundi-pengundi untuk dibawa ke puast pengundian.

  • oleh
  • Advertisement