Anda di sini

Kadazan dan Cina wajar bersatu undi calon BN Kapayan

Advertisement

PENAMPANG: Lapan pemimpin masyarakat Kadazan terdiri ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan menyeru masyarkat itu untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Kapayan, Datuk Francis Goh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mereka juga mengajak masyarakat Cina di kawasan itu untuk mengundi Francis yang telah banyak menabur jasa sejak menjadi Ketua Bahagian MCA Kapayan empat tahun lalu.

 

"Kita (Kadazan dan Cina) adalah rakan sejati, oleh itu kita hendaklah berganding bahu untuk mengundi Francis dan menjadikan beliau sebagai wakil rakyat Kapayan agar beliau dapat meneruskan perkhidmatan murni kepada rakyat dan membangunkan Kapayan ke arah yang lebih cemerlang," kata Ketua Kampung Koidupan, Kapayan KK James Muhamad.

Lapan ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK berkenaan adalah daripada Kampung Hungab, Kampung Tunoh, Kampung Koidupan, Kampung Nagasiba, Kampung Nosoob, Kampung Kobusak, Kampung Kapayan dan Kampung Peringatan tampil untuk mengadakan sidang akhbar di sini pada Isnin.

James berkata, kegagalan Parti DAP untuk membantu rakyat Kapayan sejak dipilih menarajui kawasan itu perlu dijadikan iktibar oleh masyarakat Kadazan dan Cina.

Bagi kami (Kadazan), kami suda insaf kerana menyedari bahawa DAP tidak dapat membantu rakyat di Kapayan.

"Apa lagi Kapayan,  sedangkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang pun tidak dapat membantu masyarakat Cina yang telah mengundi dan memberi kemenangan kepadanya. Dia hanya bantu orang Melayu sahaja.

Justeru, kali ini  masyarakat Kadazan dan Cina mesti bersatu hati untuk memberi kemenangan kepada Francis bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat murni beliau di Kapayan," katanya.

Ketua Kampung Kobusak, KK Michael Boijut berkata, Francis sewajarnya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat Kapayan kerana beliau telah menunjukkan komitmennya dalam membantu rakyat di kawasan itu.

"Beliau seorang peramah, mudah didekati dan rajin turun padang,  dan selama empat tahun ini beliaulah yang berkhidmat di seluruh lapan kampung di DUN Kapayan," katanya.

Berbanding Dr Edwin Bosi daripada DAP yang gagal memberi khidmat setelah dipilih menjadi wakil rakyat pada PRU-13.

Beliau terus menghilangan diri, bayangannya juga tidak dapat dicari, apabila jumpa beliau memberitahu bukan dalam kerajaan dan oleh itu beliau tidak dapat berbuat apa-apa.

Kadang-kadang beliau menunjuk jari emas untuk membawa aduan daripada penduduk kampung dan hanya membuat kritikan di surat khabar sahaja tetapi tindakan itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Namun, kita bernasib mempunyai seorang pemimpin yang wujud pada masa itu, Francis yang selalu memberi bantuan dan juga mencari dana dan peruntukan daripada kerajaan melalui hubungan baik beliau dengan para menteri Kabinet," katanya.

Michael berkata, Francis telah berjaya membantu kampung-kampung di Kapayan membuat tidak kurang daripada 35 jalan konkrit dan 15 buah jalan berturap.

Selain itu beliau juga telah menghantar mesinnya untuk menyelesaikan masalah parit tersumbat disebabkan banjir kilat di Kapayan.

Bukan itu sahaja, beliau juga menaja sapi untuk dihantar ke kampung-kampung masyarakat beragama Islam serta bersama-sama mereka merayakan Hari Raya Haji," katanya.

PARA pemimpin masyarakat daripada lima buah kampung DUN Kapayan mengadakan pertemuan mesra.
PARA pemimpin masyarakat daripada lima buah kampung DUN Kapayan mengadakan pertemuan mesra.

Michael berkata, selain itu Francis juga telah mewujud dana pendidikan sendiri iaitu Dana Pendidikan Datuk Francis Goh (DPDFG) untuk membantu anak-anak dari keluarga tidak berkemampuan dan pelajar cemerlang di Kapayan.

Dari segi keagamaan, kataya Francis juga telah membantu menaja untuk pembinaan Gereja St Paul di Kg Nagasiba, Kapayan.

"Saya lihat, beliau telah dihantar oleh tuhan untuk membantu rakyat Kadazan di semua kampung di DUN Kapayan dan kami amat menghargai kehadiran beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat walaupun belum menjadi wakil rakyat.

Justeru, ini kalilah peluang untuk memastikan kita bersatu hati mengudi Francis  untuk mejadikan beliau wakil rakyat yang diipilih di DUN Kapayan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement