Anda di sini

Empat lelaki dipercayai penculik ditembak mati

Advertisement

LAHAD DATU: Pasukan Keselamatan menembak mati empat individu dipercayai anggota kumpulan penculikan untuk wang tebusan dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Laut Sahabat, kira-kira jam 2 pagi hari ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dalam sidang medianya di sini berkata kesemua mangsa tidak memiliki dokumen pengenalan diri telah bertempur dengan pasukan keselamatan di lokasi kawasan perintah berkurung di 9.6 batu nautika dari pantai Felda Sahabat 16 dan 4.7 batu nautika dari sempadan laut negara dan Filipina.

 RAMLI dan pegawai menunjukkan bahan bukti yang dirampas.
RAMLI dan pegawai menunjukkan bahan bukti yang dirampas.


Menurutnya, pada kejadian itu sebuah bot yang bergerak laju ke arah sekumpulan bot nelayan telah dikesan pasukan rondaan jarak jauh kolobrasi pasukan khas Esscom, unit 69 Komando dan pasukan polis marin menggunakan bot Adal 19.


"Pasukan keselamatan telah mengambil tindakan dengan membuat pintasan dalam keadaan lampu biru polis, dan tiba-tiba bot suspek telah melepaskan tembakan.


"Pasukan keselamatan tidak mengalami sebarang kecederaan namun terdapat satu kesan tembakan pada bahagian hadapan kiri bot," katanya.

  • oleh
  • Advertisement