Anda di sini

Sembilan 'Jelitawan' akan bersaing

Advertisement
 SEMBILAN finalis Unduk Ngadau Beluran 2018 bersama Unduk Ngadau 2017, Amy Clevenna Johanes, 22 (lima kanan) ketika sesi pendaftaran dan pengenalan peserta pada 5 Mei lalu, bergambar di jeti Pekan Beluran berhampiran Dataran Muara Beluran yang turut menempatkan replika udang galah dan ikan patin yang menjadi ikon dan mercu tanda Pekan Beluran.

UNDUK NGADAU: Seramai sembilan peserta akan bersaing bagi merebut gelaran dan mohkota Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Beluran yang akan diadakan pada 12 Mei (Sabtu) ini, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Unduk Ngadau Beluran 2018, Frencita Kulak berkata johan Unduk Ngadau akan mewakili daerah Beluran ke Pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah pada 30 dan 31 Mei depan, di dewan Hongkod Koisaan Penampang, Kota Kinabalu.

Johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan selendang ‘Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Beluran 2018’, naib johan RM1,000 dan tempat ketiga RM800, di samping piala, jambangan bunga, hamper dan sijil penyertaan, manakala setiap finalis yang lain akan menerima hadiah saguhati RM250 seorang serta sijil penyertaan.

  • oleh
  • Advertisement