Anda di sini

Rakyat masih setia bersama BN: Musa

Advertisement
TETAMU kehormat yang hadir melaungkan slogan Tatap BN.
TETAMU kehormat yang hadir melaungkan slogan Tatap BN.

PUTATAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yakin bahawa rakyat Sabah masih setia bersama kerajaan Barisan Nasional (BN).

 
Katanya, semangat dan sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih kuat untuk terus memberi mandat parti itu mentadbir negeri ini bagi penggal seterusnya.
 
 
"Setakat ini, saya sudah melawat beberapa daerah sehingga di pelosok kawasan pedalaman dan mendapati banyak kibaran bendera BN dan laungan 'Tatap BN' terus bergema.
 
"Semangat kuat ini membuktikan rakyat tahu bahawa BN sahaja yang boleh membawa pembangunan dan kemajuan untuk mereka," katanya ketika menyempurnakan majlis pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas, di sini pada Ahad.
 
Musa yang juga pengerusi BN Sabah mengingatkan barisan calon parti itu supaya tidak sombong dan angkuh setelah diberi mandat sebagai pemimpin.
 
Katanya, sifat buruk itu tidak seharusnya wujud pada seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
 
"Gelaran YB adalah amanat rakyat dan menjadi tanggungjawab yang perlu digalas, bukan satu keistimewaan semata-mata.
 
"Kita perlu turun padang, pergi ke daerah-daerah minta maklumat apa yang keperluan rakyat yang kurang. Itu barulah pemimpin berjiwa rakyat," katanya.
 
Beliau juga menyeru semua rakyat di negeri ini supaya turun melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 9 Mei nanti dan bijak memilih kerajaan yang benar-benar boleh memimpin rakyat.
 
Sementara itu, pembinaan bangunan SMK Petagas yang menelan perbelanjaan hampir RM50 juta itu kini giat dilaksanakan dan dijangka akan siap pada 30 Julai 2020.
 
Turut hadir, Timbalan Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, penyandang kerusi Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh dan penyandang kerusi DUN Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah.
  • oleh
  • Advertisement