Anda di sini

Pembangunan Labuan lebih pesat lima tahun mendatang

Advertisement

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi P166 Labuan Datuk Rozman Isli atau lebih mesra dengan gelaran Abang Man sudah bersiap sedia dengan pelbagai perancangan bagi menjadikan Labuan sebagai pusat pembangunan serantau.

 

Katanya, beliau akan membangunkan pulau ini dan merancang ekonominya dengan baik bukan sahaja untuk manfaat rakyat di sini malah merangsang pembangunan di Sabah dan Sarawak.

“Pelbagai usaha telah, sedang dan akan kita jalankan antaranya projek jambatan, meningkatkan infrastruktur pelancongan, lapangan terbang, tambahan jaringan jalan raya, ‘waterfront’,’ pusat konvensyen selain penganjuran Power Boat bertaraf antarabangsa,” katanya.

Selain itu tambahnya, pembinaan ‘Premium Outlet’, ‘Saguking Commercial Centre’, pembangunan pasar lama Labuan, projek pembangunan bersebelahan bangunan UTC Labuan, bandar baharu di Kiansam serta Bandar Perikanan LKIM yang bakal merancakkan lagi ekonomi Labuan.

“Penubuhan Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) seperti mana yang dijanjikan dalam PRU13 juga telah melaksanakan pelbagai program pembangunan seperti bidang keusahawanan dan pendidikan,” katanya.

JENTERA PRU PDM Ganggarak bersama Rozman (empat dari kanan).
JENTERA PRU PDM Ganggarak bersama Rozman (empat dari kanan).

Rozman yang juga pengerusi BN Labuan berkata, pihaknya juga bercadang membuka Rumah Labuan di Kuala Lumpur bagi kegunaan orang Labuan yang baru bekerja di sana atau masih belum ada tempat tinggal tetap.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ganggarak, malam Sabtu.
Turut hadir, Naib Ketua Umno Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Pemuda BN Labuan Datuk Mohd Raffi Ali Hassan dan Ketua Kampung Ganggarak Ustaz Mohd Ali Han.

Advertisement