Anda di sini

PDRM siap sedia laksana tugas PRU14

Advertisement
PENAMPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah siap sedia laksana tugas sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, setiap anggota dan pegawai PDRM di negeri ini bersiap sedia menghadapi PRU14.
RAMLI DIN
RAMLI DIN
 
Langkah berkenaan jelasnya, bagi memastikan kelancaran proses PRU14 dengan lebih teratur.
 
"Seramai 94.6 peratus anggota PDRM di Sabah mengundi awal pada Sabtu lepas dan seramai 501 orang membuat undi pos.
 
"Kesemua anggota dan pegawai yang terlibat berjaya melaksanakan tanggungjawab mengundi," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada Acara Sembahyang Kristian Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Gereja St Michael, di sini pada Ahad.
  • oleh
  • Advertisement