Anda di sini

PDRM puas hati keselamatan di Sabah sejak hari pertama kempen PRU14

Advertisement
UZI bersalaman dengan para peniaga di kawasan perumahan Flat MPS Karamunting.
FUZI bersalaman dengan para peniaga di kawasan perumahan Flat MPS Karamunting.

SANDAKAN: Sejumlah 131 laporan telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sejak hari pertama kempen sehingga Isnin.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada lebih 1,000 laporan polis yang diterima di seluruh negara.

Ketua Polis Negara  Tan Sri Fuzi Harun berkata, bagaimanapun hampir semua laporan yang diterima di negeri ini tidak melibatkan kejadian yang serius.

"Daripada jumlah itu, hanya satu sahaja yang melibatkan tangkapan iaitu kes menyamar sebagai penjawat awam yang dilaporkan di Bongawan.

"Kita amat berpuas hati dengan keadaan keselamatan di Sabah yang secara keseluruhannya amat terkawal sekali. Dan, kita akan pantau situasi ini secara berterusan sehingga selesai proses membuang undi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Program 'Walk About' Ketua Polis Negara di perumahan Flat MPS Karamunting, Batu Sapi di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Ramli Din serta calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Sekong Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Samsudin Yahya.

Dalam pada itu Fuzi berkata pihaknya telah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang situasi keselamatan terutama bagi hari-hari terakhir berkempen.

Katanya, persediaan itu termasuk membuat latih amal serta melihat kawasan yang mempunyai masalah dari segi keselamatan khususnya di Pantai Timur Sabah.

"Oleh itu, saya menyeru kepada parti politik dan penyokong agar memberi kerjasama, tidak mengikut emosi dan tidak melakukan tindakan provokasi yang boleh mengganggu gugat perjalanan pilihan raya umum dan keselamatan setempat," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement