Anda di sini

Jangan sabotaj calon BN

Advertisement
BUNG Moktar bersama barisan kepimpinan BN.
BUNG Moktar bersama barisan kepimpinan BN.

KINABATANGAN: Pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) perlu mengundi simbol dacing untuk memastikan parti terus memerintah tanpa sabotaj calon-calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata pemimpin dan ahli BN perlu akur dan yakin terhadap calon-calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan.

 

Beliau berkata tidak perlu mensabotaj calon-calon BN yang bertanding sebaliknya undi simbol dacing untuk memberi kemenangan mutlak kepada calon pada PRU14 ini.

“Pemimpin dan ahli BN perlu ketepikan agenda peribadi dan rasa kecewa, kita semua perlu akur dan setia kepada parti. Tidak perlu mengikut emosi sebaliknya kita sama-sama beri kemenangan kepada semua calon BN yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa siri kempennya di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dalam Parlimen Kinabatangan pada Ahad.

Turut bersama, Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatangan Datuk Jafry Ariffin, calon BN DUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Pg Aziz Pg Damsah dan barisan kepimpinan BN Kinabatangan.

Bung Moktar yang juga calon BN Parlimen Kinabatangan mengingatkan semua pemimpin dan ahli BN perlu meletakkan agenda parti untuk memastikan BN mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan serta dua kawasan DUN iaitu Kuamut dan Sukau.

“Kita tidak perlu berfikir sebaliknya kita undi asal simbol dacing atau timbangan. Tidak perlu lagi kita beri undi kepada calon pembangkang kerana ini hanya mengkhianati parti BN.

"Jangan kita lakukan undi calon BN parlimen dan tidak mengundi calon BN di DUN, ini tidak wajar berlaku.

“Bagi saya selaku pengerusi penyelaras BN di sini, saya mahu kita semua menyokong penuh dan undi kita untuk calon BN. Tolak kepentingan peribadi kerana agenda kita adalah besar untuk perjuangan parti dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata kita akan memperkasakan lagi agenda pembangunan di setiap kawasan agar rakyat di kawasan ini terus menikmati pembangunan berterusan.

BUNG Moktar dan Saddi mengangkat tangan bersama.
BUNG Moktar dan Saddi mengangkat tangan bersama.

“Kita juga akan membuka peluang dan ruang yang luas untuk memastikan peningkatan ekonomi penduduk setempat dan anak-anak kita berjaya dalam pendidikan. Ini agenda dalam manifesto saya dalam tempoh lima tahun depan,” katanya.

Beliau berkata golongan belia juga tidak dilupakannya dalam menyediakan peluang dan pembangunan belia agar sama-sama memantapkan agenda nasional menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

  • oleh
  • Advertisement