Anda di sini

Barang rampasan Ops Daulat dipamerkan secara terbuka

Advertisement

TAWAU: Barang-barang rampasan daripada militan dalam Ops Daulat untuk pertama kalinya dipamerkan secara terbuka kepada orang ramai di negeri ini di sini pada Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Tawau terpilih sebagai lokasi pertama pameran itu kerana perbicaraan kes berkaitan di mahkamah sudahpun selesai dijalankan.

“Pameran ini begitu signifikan kepada kita kerana banyak pengajaran dan keinsafan yang boleh diperolehi daripada pengorbanan 10 wira negara yang tumbang dalam operasi.

RAMLI (kanan) dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus (kiri) menemani Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengunjungi pameran barang-barang rampasan dalam Ops Tanduo yang dipamerkan kepada orang ramai secara terbuka untuk pertama kalinya.

“Jadi itulah salah satu pelajaran yang terbesar yang boleh diperolehi daripada pameran ini, nikmat keamanan tidak boleh dipandang mudah, inilah akibatnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramli berkata pihaknya mahu memperlihatkan kepada orang ramai dengan lebih dekat barang-barang yang dirampas dalam insiden berdarah berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement