Anda di sini

Tiada parti sebaik BN

Advertisement

BEAUFORT : Tidak ada parti lain yang berupaya membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat melainkan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah berkata, nasib rakyat di negara ini sentiasa diberi perhatian oleh BN dan tidak mungkin mampu dilakukan oleh parti lain terutama pembangkang.

 

Jelas beliau lagi, BN mempunyai rekod cemerlang atas pencapaian serta pelaksanaan pelbagai bantuan dan dasar untuk kepentingan seluruh lapisan rakyat.

Justeru beliau mahu rakyat menolak parti pembangkang bagi memastikan BN dapat melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Janganlah terpedaya dengan janji-janji pembangkang. Lihatlah tidak ada pembangunan yang dibawa mereka untuk rakyat, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan dan Program Bersama Pengundi di Markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melabau, pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Azizah yang juga calon BN Parlimen Beaufort menyeru kepada jentera untuk memerangi habis-habisan dakwaan pembangkang bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan agenda pembangkang.

Beliau berkata jentera harus menepis segala fitnah yang ditabur pembangkang sejak kempen ini dengan memberi penerangan jelas dan sahih supaya rakyat dapat menolak pembangkang.

AZIZAH meluangkan masa beramah mesra dengan penyokong BN ketika berada di Markas PDM Melabau.
AZIZAH meluangkan masa beramah mesra dengan penyokong BN ketika berada di Markas PDM Melabau.

"Kita perlu memerangi tohmahan pembangkang dengan memberikan penjelasan yang tepat kepada rakyat agar mereka dapat tahu siapa yang memfitnah.

"Saya yakin tidak semua akan terpengaruh dengan pembangkang kerana mereka tahu pencapaian BN di negara ini khususnya negeri Sabah, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement