Anda di sini

MAS serah sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Nur Sailan Putatan

Advertisement
SUHAIMI dan rombongan MAS dan Persatuan Blood Brothers merakamkan kenangan bersama anak-anak Madrasah Tahfiz Nur Sailan.
SUHAIMI dan rombongan MAS dan Persatuan Blood Brothers merakamkan kenangan bersama anak-anak Madrasah Tahfiz Nur Sailan.

KOTA KINABALU: Badan Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat  Anak Sabah (MAS) bersama Persatuan Blood Brothers telah melawat ke Madrasah Tahfiz Nur Sailan di Kampung Pasir Putih Putatan.

Presiden MAS Suhaimi Buang berkata, objektif utama kehadiran mereka ke  Madrasah Tahfiz Nur Sailan berkenaan bagi menyampaikan sumbangan keperluan harian.

Seramai 50 orang ahli MAS turut hadir pada program berkenaan di mana pada kunjungan itu Suhaimi telah menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi Madrasah Tahfiz Nur Sailan Sablee Haji Sailan.

SUHAIMI (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada Sailan Sablee Haji Sailan disaksikan ahli MAS dan Persatuan Blood Brothers.
SUHAIMI (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada Sailan Sablee Haji Sailan disaksikan ahli MAS dan Persatuan Blood Brothers.

Selepas program itu ahli-ahli MAS telah menghadiri majlis perkahwinan salah seorang ahlinya, Abdul Aidi  Kalun di Tebobon.

Dalam pada itu Suhaimi merakamkan ucapan terimakasih kepada semua ahli MAS yang telah memberikan sumbangan untuk disampaikan dalam program berkenaan.

Beliau berharap program murni seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa di dalam membantu golongan kalangan asnaf di negeri ini.

ROMBONGAN MAS dan Persatuan Blood Brothers merakamkan kenangan bersama pasangan pengantin di Tebobon.
ROMBONGAN MAS dan Persatuan Blood Brothers merakamkan kenangan bersama pasangan pengantin di Tebobon.
  • oleh
  • Advertisement