Anda di sini

Komitmen kerja keras jentera BN buat Nizam terharu

Advertisement
NIZAM terharu dengan kesungguhan komitmen yang ditunjukkan jentera BN Tawau khususnya Apas sepanjang tempoh kempen PRU14 berlangsung setakat ini.
NIZAM terharu dengan kesungguhan komitmen yang ditunjukkan jentera BN Tawau khususnya Apas sepanjang tempoh kempen PRU14 berlangsung setakat ini.

TAWAU: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan terharu dengan komitmen jentera BN sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Umno Bahagian Tawau itu, sepanjang tempoh berkempen setakat ini, beliau dapat melihat sendiri kesungguhan jentera BN bertugas.

“Saya dapat menyaksikan, semua kita bekerja-keras, bertungkus-lumus, sehinggakan ada yang tidak sempat balik rumah, malah ada yang tidak (terlepas waktu) makan dan minum.

 

 “Semua ini dilakukan semata-mata untuk memastikan jentera BN berjalan dengan baik, dan kita memahami inilah perjuangan kita yang sebenar (mesti menang),” katanya.

Nizam berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Perdana Bersama Pemimpin di Batu 4 Jalan Apas, di sini, yang turut dihadiri oleh calon BN DUN N.57 Sri Tanjung Lo Su Fui.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai calon pula, pihaknya akan terus bekerja dan berusaha kerana selama ini juga perkara itu bukanlah hal yang asing untuk dirinya.

“Saya yakin dan pasti semua ini kita lakukan kerana kita percaya BN lah parti yang memerdekakan kita dari penjajah sebelum ini dan membangunkan kawasan kita.

“Kita perlu pastikan kemenangan BN, dan dalam tempoh baki kempen yang ada, kita perlu meneruskan pengorbanan dan perjuangan kita bersama-sama,” katanya.

Menurutnya, jentera parti perlu ingat pesanan pemimpin tertinggi BN bahawa PRU kali ini akan menentukan masa hadapan rakyat dan bukannya perkara ‘main-main’.

Beliau berharap semua ahli jentera BN berusaha untuk memastikan kesejahteraan yang dikecapi hasil pemimpin terdahulu supaya dapat terus dinikmati generasi akan datang.

“Manifesto PRU14 BN melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar-belakang, malah, ‘track record’ kita sebagai pentadbir kerajaan juga sudah terbukti,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement